Nak Murah Rezeki? Ada 2 Malaikat Turun Ke Bumi Mendoakan Kita. Nak Pilih Yang Mana?

Ketika saya sedang membaca sebuah kitab, saya terbaca sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari & Muslim yang berbunyi seperti berikut:-

“Tiada pagi yang dilalui oleh manusia melainkan ada dua malaikat yang turun (ke bumi). Salah satunya berkata, “Ya Allah, berilah ganti kepada orang yang menginfaqkan hartanya “. Kemudian malaikat yang satu lagi berkata “Ya Allah timpakanlah kebinasaan kepada orang yang bakhil”.

Sahabatku sekalian, jika diberi pilihan, kita hendak malaikat yang manakah mendoakan kita?

Betul!!! Tepat sekali. Tentunya kita menginginkan malaikat yang pertama untuk memohon doa kepada Allah buat diri kita.

Sehubungan itu, saya menyeru sahabat sekalian, untuk selalu menginfaqkan harta kita ke jalan Allah.

Saya sangat yakin dan percaya, sekiranya kita rajin berinfaq dan bersedekah rezeki kita akan bertambah. Saya telah melihat perkara ini berlaku di depan mata saya sendiri bagaimana seorang pengusaha restoran yang rajin berinfaq, Allah telah murahkan rezeki beliau dan dapat pergi menunaikan umrah ke Tanah Suci Mekah setiap tahun. Tak nak ke macam tu?

Jangan percaya apa yang saya cakap jika anda tidak mahu percaya. Tapi saya yakin anda akan percaya selepas anda melakukannya. Ini adalah kerana saya telah melakukannya. Alhamdulillah jualan meningkat kerana rajin berinfaq.

 

KLIK Ikon Di Bawah Untuk SHARE

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


Time limit is exhausted. Please reload the CAPTCHA.