KURSUS MUTAWWIF / MUTAWWIFAH DAN PERUNDING UMRAH HAJI

Kursus Mutawwif

PENDAFTARAN 1 MALAYSIA DIBUKA SEKARANG

Assalamua’laikum w.m.w.b.

Salam buat calon-calon tetamu Allah.

Bimbing diri anda sebagai Perunding Umrah dan berpeluang mengerjakan Umrah secara PERCUMA setiap tahun sebagai Petugas Pengurusan Umrah & Haji.

Kursus Mutawwif & Perunding Umrah Haji kini kembali dengan kerjasama Mantan Pengurus Besar Tabung Haji dengan Modul-Modul yang praktikal dengan isu-isu semasa di Mekah dan Madinah.

Kursus ini terbuka untuk semua yang berminat untuk belajar. Peluang kerjaya hanya pilihan jika berhajat untuk menceburi industri Umrah dan Haji sebagai satu kerjaya.

Kursus Mutawwif & Perunding Umrah Haji selama 3 hari 2 malam ini dianjurkan oleh Muttawif UHA Travel & Services Sdn Bhd. 

Harga yuran termasuk kos penginapan, sarapan pagi, makan tengahari, minum petang, nota modul kursus dan sijil penyertaan.

10 MODUL penting dalam industri Umrah & Haji akan dibongkarkan dalam kursus ini. Antaranya perkara yang berkaitan:-

  • Lesen Dan Dokumentasi Syarikat Umrah Haji
  • Pengurusan Logistik Di Lapangan Terbang
  • Teori Asas Umrah Haji
  • Bahasa Arab Asas Untuk Mutawwif / Mutawwifah
  • Pemasaran ONLINE Dalam Industri Umrah Haji
  • Pengurusan Program Di Tanah Suci
  • Pengurusan Hotel, Katering & Pengangkutan Di Tanah Suci
  • Pengurusan Keselamatan, Kesihatan, Kecemasan & Kematian Di Tanah Suci Dan Lain-lain Lagi Termasuk Latihan Praktikal Mengerjakan Ibadah Umrah(Bagi peserta lelaki, sila bawa kain ihram untuk latihan praktikal mengerjakan umrah).

praktikal umrah

Ilmu yang dikongsikan ini akan menjadikan anda seorang pakar dalam industri Umrah & Haji serta mampu menubuhkan dan memiliki Syarikat Umrah & Haji sendiri suatu hari nanti. In Shaa Allah.

Bimbingan berterusan secara PERCUMA selepas tamat kursus akan diberikan untuk mempersiapkan diri setiap peserta sebagai Perunding Umrah yang berkaliber.

Speaker kursus adalah orang yang berpengalaman dalam industri Umrah & Haji.

Sijil tamat kursus akan diberikan kepada setiap peserta dan akan ditandatangani oleh Ahli Panel Muzakarah Fatwa Tabung Haji.

  • Apa pun yang kita usahakan perlu bersama dengan ilmu dan pergalaman bagi melaksanakanya. Semoga ALLAH bimbing kita agar menjadi hambaNya yang sentiasa patuh dan taat terhadap seruanNya sehingga kita dapat memenuhi setiap panggilanNya. Aamiin.
  • Setiap ibadah termasuk Umrah yang dikerjakan tanpa ilmu adalah sia-sia. Ini adalah kerana kerja-kerja ibadah tidak boleh dibuat secara ikut-ikutan sahaja.
  • Selok belok perlaksanaan ibadah Umrah perlu dipelajari dan difahami supaya dapat dikerjakan dengan sempurna sewaktu di Tanah Suci tanpa bergantung kepada orang lain.
  • Menggunakan sumber wang yang halal. Oleh itu, elakkan diri dari mengerjakan Umrah dan Haji kerana sebab-sebab sosial, ekonomi, politik atau tujuan-tujuan lain.
  • Mendapatkan ilmu yang cukup. Masanya telah tiba. Bagi anda yang bercita-cita untuk menjadi pegawai pengiring jemaah ke Tanah Suci (Mutawwif), jangan lepaskan peluang ini.
  • Kursus ini juga boleh dihadiri oleh semua umat Islam yang berhajat untuk memahami serta membimbing diri sendiri tentang ibadah Umrah Haji.

sijil kursus mutawwif

Yuran Kursus Mutawwif / Mutawwifah Dan Perunding Umrah Haji Peringkat Intermediate hanya  RM1,490. 

PILIHAN TARIKH KURSUS MUTAWWIF / MUTAWWIFAH DAN PERUNDING UMRAH HAJI PERINGKAT INTERMEDIATE 2018

  • 26-28 Januari 2018
  • 23-25 Februari 2018
  • 30 Mac – 1 April 2018 
  • 27-29 April 2018 
  • 29 Jun – 1 Julai 2018  
  • 27-29 Julai 2018 
  • 31 Ogos – 2 September 2018 
  • 28-30 September 2018 
  • 26-28 Oktober 2018 
  • 30 November – 2 Disember 2018
  • 28-30 Disember 2018

*Tarikh kursus adalah tertakluk kepada perubahan.

Kursus ini akan diadakan di Kajang, Selangor.

Terbuka kepada lelaki & wanita berumur 18 tahun ke atas dari seluruh Malaysia.

Bimbingan PERCUMA berterusan selepas tamat kursus akan diberikan dan semua peserta yang selesai mengikuti kursus akan dimasukkan ke dalam WhatsApp Group Alumni dan bagi yang memenuhi syarat, akan dilantik sebagai Perunding Umrah di Syarikat Travel Umrah & Haji terpilih. (Tertakluk kepada Terma & Syarat).

Pihak kami menerima pendaftaran yang ramai dari seluruh Malaysia setiap kali Kursus Mutawwif & Perunding Umrah Haji diadakan. Untuk mengelakkan anda terlepas peluang menghadiri kursus ini, Pra Pendaftaran di buka sekarang. Sila lengkapkan maklumat di bawah dan tekan butang “HANTAR”. Kami akan berikan maklumat dari masa ke semasa.

kursus-mutawwif-perunding-umrah-haji

TENTATIF PROGRAM KURSUS MUTAWWIF

HARI PERTAMA
4.30-7.00 Petang : Pendaftaran (minum petang disediakan)
7.00-8.00 Malam : Solat Maghrib Berjemaah
8.00-9.00 Malam : Sesi Taaruf
9.00-11.15 Malam : Modul 1 – Intermediate Dokumentasi Umrah Haji.
Minum ringan.
Bersurai.

HARI KEDUA
6.00-6.25 Pagi : Solat Subuh Berjemaah.
6.30-7.30 Pagi : Modul 2 Intermediate Logistik Airport
7.30-8.45 Pagi : Sarapan
9.00-12.30 Tengahari : Modul Intermediate 3 Teori Umrah
Disampaikan oleh Mantan Pengurus Besar Tabung Haji
12.45-1.15 Tengahari : Makan Tengahari dan Solat Zohor
2.00-4.00 Petang : Modul 4 Intermediate Bahasa Arab Muttawif/Muttawifah
4.00-7.00 Petang : Solat Asar dan Rehat.
7.00-8.00 Malam : Solat Maghrib
8.00-9.00 Malam : Modul 5 Intermediate Pengurusan Hotel, Katering dan Kenderaan di Tanah Suci
9.00-11.30 Malam : Solat Isyak dan Modul 3 Pratikal Umrah
Rehat, Minum Malam dan Bersurai.

HARI KETIGA
5.00-6.25 Pagi : Qiamullail dan Solat Subuh
6.30-7.30 Pagi : Modul 6 Intermediate Pengurusan Program di Tanah Suci dan Muttawif sebagai Tour Leader
7.30-8.45 Pagi : Sarapan pagi.
9.00-11.30 Pagi : Modul 7 Intermediate Pengurusan, Keselamatan, Kesihatan,Kecemasan dan Kematian di Tanah Suci
11.30-1.15 Tengahari : Modul 8 & 9 Intermediate Fiqh dan Sejarah Tanah Suci
1.15-2.00 Tengahari : Makan Tenghari, Solat Zohor dan Rehat
2.00-4.00 Petang : Modul 10 Intermediate Marketing and Sales Strategic.
Majlis Penyampaian Sijil serta sesi bergambar.

Minum Petang dan Bersurai.

Susunan dan modul program tertakluk kepada Perubahan dan Masa.

TESTIMONIAL

 

 

 

 

 

“Apa yang kita capai tahun depan, atau lima tahun akan datang, atau sepuluh tahun akan datang adalah berdasarkan pilihan dan keputusan yang kita lakukan pada hari ini”

  • Tetapkan Matlamat Hidup Untuk Mencari Syurga Allah.
  • Teguhkan Diri Dalam Mengerjakan Rukun Islam Dan Rukun Iman.
  • Setiap Insan Berhak Mendapatkan Bimbingan Tentang Ibadah Yang Sempurna, Tentang Solat, Puasa & Ibadah Umrah Haji.

Untuk mendaftar sebagai Peserta Kursus Mutawwif & Perunding Umrah Haji Peringkat Intermediate, sila buat bayaran RM1,490 ke dalam akaun bank di bawah:-

logo maybank

MUTTAWIF UHA TRAVEL & SERVICES SDN BHD

No. Akaun: 5648 4711 2250

PENTING:

Setelah membuat pembayaran, sila snap gambar slip bank in @ bukti pembayaran dan WhatsApp ke talian HOTLINE 011-12762166.

Sertakan juga maklumat-maklumat berikut:-

  • Nama Penuh (Untuk Sijil Penyertaan)
  • No. Kad Pengenalan (Untuk Sijil Penyertaan)
  • Alamat Lengkap
  • No. Telefon
  • E-mail
  • Pekerjaan
  • Status Perkahwinan
  • Pengalaman Mengerjakan Umrah 

Untuk makluman, pihak kami juga ada menganjurkan Kursus Bimbingan Kefahaman Umrah secara PERCUMA kepada bakal jemaah umrah di sekitar Lembah Kelang. Sekiranya anda berminat untuk mengikuti Kursus Bimbingan Kefahaman Umrah secara PERCUMA ini, sila lengkapkan maklumat di bawah.

Sebarang pertanyaan mengenai Kursus Mutawwif & Perunding Umrah Haji, sila Klik Di Sini atau hubungi pihak kami melalui Telefon & WhatsApp 011-12762166 (Ustaz Amin).

darussyifa

KLIK Ikon Di Bawah Untuk SHARE

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


Time limit is exhausted. Please reload the CAPTCHA.