8 Pintu Murah Rezeki

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah, dalam soal rezeki manusia hanya diminta untuk berusaha, berdoa dan bertawakkal. Setiap manusia menghabiskan sebahagian besar dari waktu dan umur untuk mencari rezeki. Berusaha mencari rezeki, apabila ikhlas niat dan dilaksanakan dengan mengikut jalan-jalan yang halal adalah ibadah kepada Allah.

Dalam mencari rezeki juga, dapat menguatkan akidah seorang muslim, Allah SWT adalah pemberi rezeki. Salah satu nama Allah adalah Ar-Razzak… iaitu Pemberi Rezeki. Banyak perkara di dunia ini dipermudahkan oleh Allah SWT untuk manusia, agar di gunakan dalam usaha mencari rezeki. Oleh itu jangan sampai kita lupa kepada Allah SWT apabila kita telah mendapat nikmat dariNya.

Sebagai seorang manusia biasa kadangkala keyakinan dan pergantungan kita kurang kepada Allah SWT. Kita menganggap usaha-usaha kitalah menentukan segala-galanya untuk mendapatkan rezeki. Tetapi seorang mukmin berbeza pandangan dan keyakinannya. Ikhtiar dan usahanya adalah dalam rangka ibadah tetapi pergantungannya mutlak kepada Allah SWT. Jika dia memperolehi sedikit rezeki dia redha dan menerima banyak dia bersyukur kepada-Nya.

Apabila kita membicarakan mengenai rezeki, ulama telah ada menjelaskan bahawa terdapat lapan (8) pintu-pintu murah rezeki. Jika kita faham dan amalkan perkara-perkara tersebut akan terbuka pintu-pintu rezeki yang akan dibukakan oleh Allah SWT samaada daripada langit atau pun dibumi.

Pintu-pintu tersebut adalah seperti berikut:-

  1. Jangan derhaka dengan ibu bapa.
  2. Jangan bergaduh dengan saudara mara.
  3. Berusaha untuk menunaikan fardu haji / umrah.
  4. Sentiasa solat sunat dhuha.
  5. Jangan tidur selepas solat subuh.
  6. Selalu baca surah Al-Waqiah di waktu malam setiap hari dan berdoa selepas membaca surah tersebut.
  7. Rezeki ada dalam perkahwinan.
  8. Rezeki ada pada anak “Semasa bayi itu lahir, empat perkara ditetapkan antaranya ialah rezeki dan rezeki anak itu juga akan turun kepada ibu bapanya.

In Shaa Allah saya akan kongsikan huraian setiap perkara di atas di dalam posting saya yang akan datang.

Untuk itu sekian dari saya pada kali ini. Sekiranya anda memerlukan produk keperluan seharian secara ONLINE, sila KLIK Di Sini.

KLIK Ikon Di Bawah Untuk SHARE

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


Time limit is exhausted. Please reload the CAPTCHA.