3 Prinsip Kehidupan Nick Vujicic Yang Semua Orang Perlu Tahu. Termasuk Saya & Anda!!!

Assalamua’laikum

Apa khabar sahabat sekalian? Harap semuanya sihat sejahtera.

Hari ini saya ingin kongsikan satu video motivasi tentang insan hebat yang sangat tabah dalam kehidupan kerana dilahirkan tanpa tangan dan kaki. Video ini sangat menginsafkan diri saya.

Semasa kecil, beliau bergelut dari segi mental, emosi serta fizikal, tetapi akhirnya beliau menerima ketentuan  kecacatannya. Beliau menyampaikan ceramah motivasi di seluruh dunia dan memberi tumpuan kepada mencari harapan dan makna di dalam kehidupan. Beliau yang saya maksudkan adalah Nick Vujicic.

Berikut adalah maklumat peribadi Nick:-

Nama: Nicholas James Vujicic

Tarikh Lahir: 4 Disember 1982 (34 tahun)

Tempat Lahir: Melbourne , Australia

Etnik: Serbia Australia

Pendidikan: Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Perakaunan &  Perancangan Kewangan, Universiti Griffith

Pekerjaan: Penceramah Motivasi & Penulis Buku

Agama: Kristian

Pasangan: Kanae Miyahara (Berkahwin 2012)

Anak: 2 Orang

Walaupun dilahirkan dengan kekurangan anggota badan, tetapi beliau masih mampu menjalani kehidupan seperti orang yang normal. Boleh bermain bolasepak, memancing, mengemudi bot, terjun dalam kolam renang, malah boleh bermain golf. Ini yang membuatkan saya berasa sangat kagum dengan beliau.

3 prinsip kehidupan yang beliau amalkan adalah:-

  1. Be Thankful – Bersyukur
  2. Dream Big – Berimpian Besar
  3. Never Give Up – Tidak Putus Asa

Jom saksikan video ini!!!!!

 

Amacam?? Nampak macam “berair” aje mata tu. Takpe!!! Kita kan ada hati dan perasaan.

Apa yang anda rasa setelah menonton video di atas???

(Tak perlu jawab soalan saya. Hanya jawab di dalam hati anda).

Kita yang mempunyai cukup sifat ini adakah boleh menjadi setabah dan sekuat mental dan emosi Nick?

Cuba anda bayangkan!!!

Saya ingin tanyakan 3 soalan pada sahabat sekalian.

  1. Adakah anda bersyukur dengan apa yang anda ada hari ini?
  2. Adakah anda mempunyai impian kehidupan yang besar?
  3. Adakah anda seorang yang tidak mudah putus asa?

Jika jawapan anda “YA” untuk ketiga-tiga soalan di atas, TAHNIAH saya ucapkan.

Fikir-fikirkanlah wahai sahabatku sekalian. Semoga apa yang saya kongsikan ini dapat menjadikan saya dan sahabat sekalian insan yang lebih mensyukuri nikmat yang diberikan oleh Allah s.w.t. Sanggup berusaha dengan tekun mencapai impian hidup serta tidak mudah berputus asa. Kalau Plan A tidak menjadi, gunakanlah Plan B. Yang penting usaha perlu diteruskan. Bekerja & berniaga dengan bersungguh-sungguh untuk mencapai impian di dalam kehidupan demi untuk diri sendiri dan keluarga yang disayangi.  In Shaa Allah.

Saya sentiasa mendoakan kejayaan sahabat semua. Sekiranya sahabat nak kenal dengan saya dan perniagaan yang saya jalankan, sila KLIK Di Sini dan KLIK Di Sini!

“No Arms, No Legs, No Worries!

 

Ikhlas Dari Saya,

Mohd Amin Hj Jumberi

Founder Al Amin E-Commerce

alamin2u.com

KLIK Ikon Di Bawah Untuk SHARE

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


Time limit is exhausted. Please reload the CAPTCHA.