11 Tip Yang TERBUKTI Dapat Melipat-Gandakan Jualan Tetapi Ramai Yang Tak Buat

  1. Gunakan masa 10 minit pertama selepas balik dari makan tengah hari untuk membuat panggilan kepada bakal pelanggan @ prospek.
  1. Hubungi semua pelanggan yang telah / pernah membeli daripada anda pada masa lalu, tetapi atas sebab tertentu anda tidak lagi mendengar sebarang berita dari mereka dalam jangka masa yang lama.
  1. Pastikan anda menghubungi setiap pelanggan anda sekurang-kurangnya dua kali ganda daripada mereka biasanya membeli. Sebagai contoh, jika pelanggan biasanya membuat pesanan setiap dua bulan, pastikan anda bercakap dengan mereka sekurang-kurangnya setiap bulan.
  1. Tanya setiap pelanggan yang anda ada, siapa lagi yang mereka tahu yang boleh mendapat manfaat daripada apa yang anda jual atau tawarkan.
  1. Sebelum berhenti berkerja setiap hari @ sebelum pulang ke rumah, buat satu lagi panggilan telefon kepada pelanggan yang berpotensi untuk membeli dari anda.
  1. Bagi individu yang sukar untuk anda buat temujanji disebabkan kesibukan masa bekerja mereka, cuba ubah masa atau hari mengikut kelapangan dan kesesuaian masa mereka untuk anda berjumpa dengan mereka .
  1. Membuat panggilan telefon yang terbaik pada waktu pagi adalah sekitar pukul 10:00 pagi kerana pada masa itu biasanya mereka belum terlalu sibuk atau baru sahaja selesai mengadakan “Morning Meeting” atau baru saja membuka premis perniagaan.
  1. Mempunyai alasan untuk setiap panggilan yang dibuat. Ini bermaksud anda menyediakan pelanggan dengan sesuatu maklumat untuk menunjukkan bahawa anda ikhlas untuk membantu mereka.
  1. Kenalkan pelanggan anda kepada orang lain terutama orang yang anda kenal sekiranya pelanggan anda memerlukan produk atau perkhidmatan yang anda tidak tawarkan.
  1. Selain menggunakan telefon dan e-mail, penggunaan media sosial yang lain seperti WhatsApp, WeChat, Telegram dan sebagainya merupakan satu lagi cara tambahan untuk kekal berhubung dengan pelanggan anda. Anda kena ingat, mencari pelanggan yang baru adalah lebih sukar berbanding dengan mengekalkan pelanggan yang sedia ada.
  1. Dalam setiap e-mail atau media sosial yang lain yang dihantar kepada pelanggan, pastikan untuk memasukkan maklumat mengenai satu lagi produk lain / perkhidmatan yang boleh memberi manfaat kepada pelanggan anda sekiranya mereka membeli dari anda produk atau perkhidmatan tersebut – “Cross Selling”.

Semoga apa yang dikongsikan di atas dapat memotivasikan diri anda untuk terus aktif di dalam bidang jualan yang menjanjikan pendapatan tanpa batasan ini.

KLIK Ikon Di Bawah Untuk SHARE

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


Time limit is exhausted. Please reload the CAPTCHA.