TIP#2 10 CARA MEMOTIVASIKAN DIRI SENDIRI UNTUK BEKERJA LEBIH KUAT, TIDAK KIRA WALAU APA PUN YANG SEDANG ANDA LAKUKAN

alamin2u.com

Menulis matlamat jangka panjang akan membantu anda untuk lebih fokus kepada matlamat yang ingin dicapai. Cara ini juga turut mengingatkan diri sendiri mengenai tujuan asal anda melakukan pekerjaan yang sedang anda lakukan sekarang. Ini akan membuatkan anda lebih menumpukan tenaga ke arah yang lebih positif untuk mencapai matlamat jangka panjang tersebut.

Fokus ke arah hasil akhir (end-result). Bukan kepada rintangan, halangan dan cabaran yang dihadapi untuk mencapainya. Hadapi setiap rintangan, halangan dan cabaran dengan semangat yang kental dan jiwa yang berani. Yakinlah kejayaan akan menjadi milik anda suatu hari nanti.

Semoga motivasi anda semakin meningkat pada hari ini. In Shaa Allah.

KESIMPULAN: TULIS & FOKUS Untuk Mencapai Matlamat Jangka Panjang Walaupun Berhadapan Dengan Rintangan, Halangan Dan Cabaran.

Ikuti tip-tip berikutnya.

KLIK Ikon Di Bawah Untuk SHARE

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


Time limit is exhausted. Please reload the CAPTCHA.