TIP#1 10 CARA MEMOTIVASIKAN DIRI SENDIRI UNTUK BEKERJA LEBIH KUAT, TIDAK KIRA WALAU APA PUN YANG SEDANG ANDA LAKUKAN

image

Apabila anda berasa kurang motivasi atau malas melakukan pekerjaan yang sepatutnya anda lakukan, cuba tuliskan semula apakah perkara yang boleh membuatkan anda kembali bersemangat untuk terus melakukan pekerjaan tersebut. Cuba ingat semula! Kenapa anda memulakan pekerjaan itu pada peringkat awalnya.

Ada kemungkinan orang-orang yang berada di persekitaran anda yang telah menyebabkan anda menjadi tidak termotivasi. Mungkin juga matlamat kehidupan anda yang tidak realistik. Beban kerja yang besar juga boleh menyebabkan anda menjadi kurang motivasi. Tidak dinafikan, mungkin juga disebabkan oleh perkara yang remeh-temeh sahaja. Perkara ini hanya anda sahaja yang tahu. Cuba anda fikir-fikirkan!!!

Langkah seterusnya, cuba ambil masa untuk membangunkan pelan yang membolehkan anda untuk berhadapan dengan isu-isu yang menyebabkan anda menjadi kurang bermotivasi (seperti contoh yang dinyatakan di atas)….. Dan anda akan merasa terperanjat dengan hasilnya kerana anda akan merasa jauh lebih bermotivasi dan bersemangat untuk bekerja dengan lebih kuat lagi pada masa akan datang. Cubalah…..

KESIMPULAN: Tuliskan Perkara Yang Telah Melemahkan Motivasi Anda Dan SEGERA Membuat Perancangan.

Ikuti tip-tip berikutnya.

KLIK Ikon Di Bawah Untuk SHARE

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


Time limit is exhausted. Please reload the CAPTCHA.