SPM Bukannya 1 Pengakhiran Kehidupan

Hari ini keputusan SPM telah diumumkan. Tahniah diucapkan kepada pelajar-pelajar yang telah mendapat keputusan yang cemerlang.

Sekalung tahniah juga diucapkan kepada ibu bapa pelajar yang telah mendapat keputusan yang cemerlang.

Bagi pelajar yang mendapat keputusan yang kurang cemerlang,  usah berputus asa. Masih terdapat banyak ruang dan peluang untuk anda berjaya pada masa hadapan. Teruskan berusaha!

SPM bukan satu pengakhiran kehidupan.

Masa berlalu begitu pantas. Masih terpahat di kotak memori saya sewaktu mengambil keputusan SPM pada tahun 1990. Itulah saat paling manis dalam hidup saya kerana telah mendapat pangkat 1 dalam SPM.

Terima kasih yang tak terhingga kepada guru-guru yang telah banyak mendidik saya. Jasamu tetap akan kukenang.

Gambar yang dilampirkan adalah gambar kelas saya,  5 Sains 1, Sekolah Menengah Tan Sri Syed Jaafar Albar Tanjung Sedili, Kota Tinggi,  Johor. (Tahun 1989) Nostalgia tu.

Di mana sahabat-sahabat saya sekarang? Di mana Cikgu Norhidayah?

Semoga dapat berjumpa lagi suatu hari nanti.

Oh ye! Cuba teka di mana saya dalam gambar tu!!

 

 

KLIK Ikon Di Bawah Untuk SHARE

4 Comments on SPM Bukannya 1 Pengakhiran Kehidupan

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


Time limit is exhausted. Please reload the CAPTCHA.

error: Nak Copy Ke? Maaf, Saya Tak Benarkan. SHARE Sahaja OK!!!