Rahsia Orang Yang Gagal – Cepat Mengalah

“Abang Amin.. saya give up la… Saya berniaga online, tapi takde siapa pun yang nak beli produk saya”.

“Berapa lama dah berniaga?” “Seminggu dah bang…” (Kata seorang gadis dengan nada yang sayu) .

Pesanan Abang: Dik…kau bukan Neelofa, sekali promote seribu orang nak beli. Kena ambik masa nak bagi orang percayakan kita. Sekurang-kurangnya 3 BULAN . Abang pun masa mula bisnes online dulu makan masa nak promote laman web alamin2u.com tu

Saya pun kalau nak beli online, hanya kat orang yang saya betul-betul percaya je .

Customer pulak macam-macam ragam. Antaranya:-

✔Ada yang tanya sekali, terus beli.

✔Ada yang tanya 18 kali tak beli2.

✔Ada yang pm tanya harga, terus keras kejung.

✔Ada yang mintak no. akaun, 10 bulan lepas tu baru nak bank in.

Ingat senang ke orang nak suka² bagi duit kat kita?.

Ingat senang ke nak meniaga hari² duit masuk dalam akaun?

Memang tak SENANG! Tapi tak MUSTAHIL.

Rezeki datang dari Allah .

Yang penting kita sentiasa berusaha & sentiasa bersifat jujur.

KLIK Ikon Di Bawah Untuk SHARE

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


Time limit is exhausted. Please reload the CAPTCHA.