3 Perkara PENTING Yang Kita Kena PERIKSA Sekarang Juga

  • ┬áBarang siapa yang memperbaiki hubungannya dengan Allah, nescaya Allah akan memperbaiki hubungannya dengan sesama manusia ~ Sufyan bin Uyainah~

    Kalau kita mempunyai masalah, periksalah 3 perkara ini:-

    Pertama – Adakah kita menjaga solat kita?

    Kedua – Adakah kita menjaga aurat kita?

    Ketiga – Adakah kita menjaga hubungan dan pergaulan kita?

    PENTING: Kalau kita gagal menjaga tiga perkara ini, tidak perlulah membuang masa, tenaga dan wang ringgit untuk mencari kaunselor atau ahli psikologi atau mana-mana ustaz /ustazah. Betulkan hubungan kita dengan Allah terlebih dahulu dan pada masa yang sama betulkan hubungan kita sesama manusia.

    Kita berharap Allah membantu menyelesaikan masalah kita, tetapi perintah Allah kita tidak ikut. Larangan Allah kita langgar. Jadi, bagaimana hidup kita akan tenang? Jangan bergantung harap kepada manusia, kerana zat yang paling hebat adalah ALLAH. Kata seorang bijak pandai, “Orang yang lemah bergantung kepada orang yang hebat, tetapi orang yang hebat ialah orang yang bergantung kepada ALLAH sepenuhnya.”

    Jadi saya suka menasihati diri saya dan semua sahabat2 saya….”Pastikan kita mendengar cakap Allah dan RasulNYA, sebelum kita mahu Allah mendengar doa kita.

    Jadilah orang hebat dengan mengubah diri sendiri terlebih dulu sebelum mengubah orang lain. Kasihilah diri sendiri sebelum meminta orang lain mengasihi kita. Dan sebaik-baik kasih ialah kasih yang tidak pernah bersyarat dari Allah dan RasulNYA”

KLIK Ikon Di Bawah Untuk SHARE

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


Time limit is exhausted. Please reload the CAPTCHA.