MENGENAI SAYA

Saya, Mohd Amin Bin Hj Jumberi, Founder AL AMIN E-COMMERCE (002436468-A) iaitu merupakan sebuah syarikat milik penuh 100% Bumiputra yang terlibat di dalam perniagaan menjual, mengedar, memasarkan produk kesihatan, produk kecantikan, dan pelbagai produk keperluan seharian secara ONLINE.

Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dengan kepujian dari Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok, Kedah Darul Aman. Mempunyai pengalaman luas dalam pelbagai sektor kewangan antaranya di dalam sektor perbankan, insurans, takaful dan unit amanah.

Pernah berkhidmat dan memegang beberapa jawatan penting di beberapa buah bank komersil di Malaysia seperti Ban Hin Lee Bank Berhad, Southern Bank Berhad, Hong Leong Bank Berhad, RHB Bank Berhad dan Bank Islam Malaysia Berhad sebelum mendapat tawaran berkhidmat di Australia & New Zealand Banking Group Limited (ANZ Bank) di Singapura.

Mula terlibat di dalam perniagaan internet dengan menjual produk informasi dan produk kesihatan sejak tahun 2010. Mendapat tunjuk ajar dan bimbingan dari Jutawan Internet, En. Irfan Khairi dan juga dari Tenaga Pengajar di Irfan Khairi Sdn Bhd (IKSB) termasuk dari CEO IKSB, En. Razzi Rahman.

alamin2u sifu

alamin2u CEO

Saya juga terlibat di dalam aktiviti Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan merupakan Setiausaha Agung Pertubuhan Kebajikan Hal Ehwal Islam Malaysia (PKHEIM).

Meminati dengan mendalam bidang perubatan Islam dan merupakan seorang Pengamal Perubatan Islam. Telah mendapat tunjuk ajar dan bimbingan berkaitan perubatan Islam dari Tuan Guru Dato’ Dr Haron Din dan telah diijazahkan Ijazah Perubatan Dan Pengubatan Islam dari Persatuan Perubatan, Pengubatan Dan Kebajikan Islam Malaysia (Darussyifa’).
alamin2u Darussyifa'

 

alamin2u Tuan Guru

KLIK Ikon Di Bawah Untuk SHARE