Kenapa Logo Perniagaan Penting Bagi Sesebuah Perniagaan?

Logo perniagaan boleh kita lihat pada kepala surat sesebuah syarikat, premis perniagaan, kenderaan perniagaan, produk dan sekarang sudah menjadi trend di mana logo perniagaan dimasukkan ke dalam laman web, blog dan pengiklanan yang dibuat oleh sesebuah syarikat atau perniagaan di media sosial.

Pada dasarnya, logo perniagaan adalah perkara pertama yang pembaca mungkin perasan sebelum membaca teks iklan.

Logo perniagaan membantu di dalam penciptaan identiti dan jenama bagi sesebuah syarikat atau perniagaan kerana fungsi utama logo perniagaan adalah untuk memberi inspirasi kepada kepercayaan, pengiktirafan serta kekaguman orang ramai terhadap sesuatu perniagaan.

Logo perniagaan mestilah simple, senang diingati dan pada masa yang sama dapat menunjukkan apa mesej yang ingin disampaikan oleh sesebuah perniagaan kepada bakal pelanggan atau golongan sasaran mereka.

image

Sebagai contoh Maybank menggunakan gambar kepala harimau sebagai logo yang menggambarkan keberanian raja rimba yang gagah perkasa itu. Ini ditambah dengan penggunaan warna kuning dan warna hitam yang membawa mesej ‘berbisa’ dan ‘peka’.

Sememangnya Maybank merupakan sebuah bank yang ‘berbisa’ yang mempunyai beratus-ratus cawangan di dalam dan luar negara. Maybank juga ‘peka’ dengan semua urusan perbankan para pelanggannya terutama dalam perbankan internet, maybank2u.com.

Menyedari bahawa pentingnya logo perniagaan bagi sesebuah perniagaan, pihak kami menawarkan perkhidmatan merekabentuk LOGO PERNIAGAAN supaya perniagaan anda mempunyai lebih daya tarikan dan mempunyai “BRANDING” serta dikenali ramai.

Untuk membuat tempahan sila KLIK ikon di bawah!

tempah sekarang

 

KLIK Ikon Di Bawah Untuk SHARE

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


Time limit is exhausted. Please reload the CAPTCHA.