Jika Hari Ini Menanam Benih, Jangan Harap Menuai Hasilnya Esok Hari

Semua orang inginkan kejayaan. Tetapi apakah perkara penting yang perlu dilakukan untuk meraih kejayaan? Jika anda mahukan kejayaan yang hebat di dalam kehidupan, ia tidak boleh dilakukan dengan bekerja seorang diri. Ianya memerlukan kerjasama berpasukan dan kumpulan yang HEBAT & MANTAP. Jika mahu membina kumpulan pula bukan boleh dilakukan dengan hanya bekerja sehari dua. Kadangkala ia memakan masa yang agak lama untuk membina sebuah kumpulan  yang betul-betul bagus.

Ibarat kita menanam benih buah durian, bukan hari ini kita tanam esok terus boleh makan buah durian.  Begitu juga kalau kita menggunakan Lebuhraya PLUS dari Johor Bahru ke Kuala Lumpur. Mahu tidak mahu kita perlu melintasi sempadan negeri Melaka, Negeri Sembilan dan Selangor. Barulah kita boleh sampai ke bandaraya Kuala Lumpur.

Begitulah hakikatnya di dalam kita memburu kejayaan. Ia tidak akan datang dalam sekelip mata dan tidak akan ada jalan pintas @ short cut . Kita perlu lakukannya berperingkat-peringkat. Apa yang penting usaha perlu diteruskan dengan tanpa rasa jemu. Sentiasa bersemangat. Buat dengan sehabis baik pada setiap masa. Jangan lupa berdoa, berusaha dan berikhtiar.

In Shaa Allah kejayaan akan menjadi milik kita suatu hari nanti.

KLIK Ikon Di Bawah Untuk SHARE

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


Time limit is exhausted. Please reload the CAPTCHA.