Fakta Mengenai Kolagen

Tidak dinafikan bahawa kebanyak iklan berkaitan dengan penjagaan kulit mahupun mencerahkan muka, mesti ada kaitan dengan kolagen ataupun dikenali sebagai collagen dalam Bahasa Inggeris. Hal ini kerana kolagen boleh membantu anda memulihkan kulit, malah lebih daripada itu.
Oleh itu, di senaraikan beberapa perkara (termasuk khasiat) berkaitan dengan kolagen dan produk-produk yang anda boleh pilih sekiranya ingin mencubanya. Berikut adalah senarai kandungan artikel ini:-
  • Apakah Itu Kolagen?
  • Adakah Kolagen Berkesan?
  • 4 Khasiat Kolagen
  • Kesan Sampingan Penggunaan Kolagen
  • Berapa Lama Kolagen Boleh Bertahan?
  • Kesimpulan

Apakah itu Kolagen?

Kolagen ataupun collagen merupakan satu protein – satu molekul biologi yang besar – ia mengambil kira-kira 25% hingga 35% kandungan sekeluruhan protein dalam badan kita. Kebiasaannya terdapat di dalam tisu penghubung (connective tissue), seperti tendon, otot dan kulit.
Perkataan kolagen berasal daripada perkataan Greek yang membawa maksud “penghasilan gam” (glue producing). Hal ini kerana, pada zaman tersebut kulit haiwan dibakar dan dijadikan sebagai gam.
Kolagen adalah bahan yang menjadikan kulit kita elastik, kuat dan suci bersih! Badan kita, secara semulajadi menghasilkan kolagen, namun berkurangan mengikut peningkatan umur.
Selain itu, faktor gaya hidup juga boleh mengurangkan penghasilannya, seperti amalan merokok, kerap terdedah kepada cahaya matahari dan pemakanan yang tidak seimbang.

Adakah Kolagen Berkesan?

Kebanyakan krim kolagen di pasaran adalah baik untuk mengekalkan kelembapan kulit dan menyegarkan kulit, namun tidak meningkatkan kadar kolagen di dalam badan, malah tidak meningkatkan kadar penghasilannya. Hal ini kerana kolagen bukanlah satu molekul yang mudah diserap oleh kulit.
Kebanyakan produk di luar sana juga ada membuat/memproses molekul kolagen itu agar lebih kecil dan mudah diserap. Namun, pada masa yang sama badan kita akan menganggap bahawa bahan tersebut merupakan bahan asing dan secara tidak langsung menyebabkan masalah alahan (allergy) – Oleh itu produk-produk krim kulit kolagen tidak boleh digunakan pada muka.
Secara umumnya, kolagen boleh mengekalkan awet muda dan pada masa yang sama boleh mengembalikan kejelitaan anda.

4 Khasiat Kolagen

Kolagen secara umumnya adalah untuk mengembalikan awet muda, namun ia juga boleh memainkan beberapa peranan yang lain. Ikuti serba sedikit khasiat kolagen di bawah:-
#1: Khasiat Kolagen Untuk Kulit Berjerawat dan Parutnya
Kolagen mempunyai sejarah kosmetik yang lama, terutama dalam merawat/menghilangkan parut dan kesan jerawat. Dan pada masa yang sama menghilangkan kesan kedut pada muka dan mencerahkan kulit muka.
Untuk kulit berjerawat, kebiasaannya doktor akan menggunakan kaedah suntikan kolagen pada muka. Namun, anda juga boleh memilih produk-produk kolagen yang berasaskan sapuan.
#2: Khasiat Kolagen Untuk Lelaki
Kolagen untuk lelaki mengandungi zink, satu jenis nutrisi yang mencepatkan pemulihan kulit dan mengelakkan pembentukan kelemumur.
Selain itu, kolagen juga boleh membaiki sel dan otot-otot bagi lelaki setelah bersenam ataupun aktiviti fizikal.
#3: Khasiat Kolagen Untuk Kulit Kering
Kolagen sudah lama diamalkan untuk mengembalikan kelembapan kulit dan mengelakkan daripada masalah kulit kering. Selain itu, ia juga boleh memberikan kesihatan kepada kuku dan rambut.
#4: Khasiat Kolagen Untuk Rambut
Setiap helaian rambut anda mengandungi kolagen, dan bahan ini memainkan peranan yang penting untuk menjaga kesihatan rambut secara umum. Namun, oleh kerana faktor- faktor yang tertentu, kadar kolagen akan berkurangan dan menyebabkan masalah keguguran rambut.
Oleh itu, dengan mengambil kolagen, anda boleh mengembalikan kesihatan rambut tersebut.

Kesan Sampingan Penggunaan Kolagen

Kebanyakan produk komersial kolagen menggunakan bahan kimia dalam pembuatannya. Oleh itu, anda perlu bersedia dengan beberapa kesan sampingan yang anda mungkin hadapi setelah menggunakannya. Antaranya adalah ruam (boleh berubah mengikut kandungan setiap produk yang digunakan).
Walaupun begitu, kebanyakan produk di luar sana tidak memberikan kesan sampingan yang teruk. Jadi boleh dikatakan selamat untuk digunakan. Anda hanya perlu memilih produk yang berkualiti, dan anda tidak perlu risau sangat.
Anda sebolehnya mengelak daripada menggunakan produk kolagen yang mengandungi bahan raksa/mercury. Antara produk yang menggunakan bahan ini adalah Collagen Plus,

Berapa Lama Kolagen Boleh Bertahan?

Penggunaan kolagen tidak boleh bertahan selama-lamanya, mungkin dalam masa 2-4 bulan sahaja. Setelah kesan tersebut berkurangan, anda perlu menggunakan produk kolagen tersebut semula untuk mendapat hasil yang sama.
Oleh itu, sekiranya anda ingin memulakan penggunaan produk kolagen, anda tidak boleh mengharapkan kesan yang serta merta. Anda perlu menggunakannya untuk beberapa bulan untuk melihat kesan yang positif.

Kesimpulan

Kesimpulannya, penggunaan kolagen adalah meluas di seluruh dunia dan populariti ini bukanlah di atas dasar pemasaran sahaja, malah telah dibuktikan dengan testimoni-testimoni positif daripada para pengguna.
Secara keseluruhan, penggunaan kolagen adalah lebih kepada kecantikan wajah, namun ia juga boleh memberikan kesan yang baik kepada kuku, rambut dan kesihatan umum.
Terdapat banyak produk yang berasaskan kolagen yang terdapat di pasaran sekarang dan anda hanya perlu memilih yang berkualiti untuk mendapatkan kesan yang mujarab dan untuk mengelakkan daripada mengalami masalah alahan.
KLIK Ikon Di Bawah Untuk SHARE

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


Time limit is exhausted. Please reload the CAPTCHA.