Berusaha, Berdoa & Bersyukur Menjadikan Kita “KAYA”. Pak Tarsono Pun Buat.

Tidak ada seorang pun yang inginkan hidupnya sengsara, baik di dunia mahu pun di akhirat. Semuanya pasti menginginkan kehidupan yang sejahtera, sentosa dan aman damai setiap masa.

Hidup sejahtera bukannya bermaksud dengan memiliki harta yang melimpah ruah, rumah besar dan kereta mewah.

Akan tetapi bagaimana kita boleh menikmati hidup ini dengan pandai bersyukur dan berdoa serta merasa cukup di atas rezeki yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada kita.

Agar hidup sentiasa sejahtera dan mendapat rezeki yang “cukup” maka kita tidak dapat lari dari berusaha dengan bersungguh-sungguh dan ikhlas dalam mencari rezeki serta tidak lupa berdoa kepada Allah S.W.T

Jom tengok video Pak Tarsono dari Indonesia!

Dan berikut adalah bacaan doa yang ingin saya kongsikan dan patut kita panjatkan setiap hari untuk meminta keselamatan dalam agama, memohon kesejahteraan ilmu, diberikan rezeki yang berkat serta kebaikan dalam hidup.

PicsArt_03-13-05.58.14

ALLOOHUMMA INNAA NAS-ALUKA SALAAMATAN FID DIINI WA ‘AAFIYATAN FIL JASADI WA ZIYAADATAN FIL ‘ILMI WA BAROKAATAN FIL RIZQI WA TAUBATAN QOBLAL MAUTI WA ROHMATAN ‘INDAL MAUTI WA MAGHFIROTAN BA’DAL MAUTI

Maksudnya:
Ya Allah Ya Tuhan kami, kami memohon kepadaMu keselamatan dalam agama, kesihatan tubuh badan, bertambahnya ilmu dan rezeki yang berkat serta dapat bertaubat sebelum mati, mendapat rahmat ketika mati, dan memperoleh keampunan setelah mati.

Selamat beramal!

Saya doakan juga sesiapa yang baca doa ini agar sentiasa diberikan kegembiraan, kesihatan, kekayaan dan kesejahteraan. Amiin.

Ikhlas Dari Saya

Mohd Amin Hj Jumberi
Founder Al Amin E-Commerce

E-mail: amin@alamin2u.com           Laman Web: alamin2u.com

KLIK Ikon Di Bawah Untuk SHARE

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


Time limit is exhausted. Please reload the CAPTCHA.