6 Kaedah Untuk Menukar Kemahuan Menjadi Kaya Kepada REALITI

Terdapat 6 kaedah untuk menukar kemahuan menjadi kaya kepada realiti:-

  1. Tetapkan dalam fikiran jumlah wang ¬†yang kita mahu. Tidak cukup sekadar mengatakan kepada diri kita, “Saya mahu wang yang banyak.” Sebaliknya, kita perlu memastikan jumlah wang sebenar yang kita mahukan itu.
  2. Tetapkan dengan pasti pengorbanan yang perlu kita lakukan bagi mendapat wang yang kita mahukan itu. (Di dalam dunia ini tiada sesuatu yang PERCUMA. Kita perlu melakukan sesuatu bagi mendapatkan apa yang kita mahu).
  3. Tetapkan tarikh yang pasti, iaitu bila kita akan mendapat wang yang kita mahu itu.
  4. Atur rancangan yang pasti bagi merealisasikan kemahuan itu. Walaupun kita masih belum bersedia, apabila sudah mula merancang, mahu tidak mahu kita perlu mengikut rancangan yang telah kita atur.
  5. Tulis dengan jelas beberapa perkara iaitu jumlah wang yang kita mahu, masa yang diperlukan dan pengorbanan yang perlu kita lakukan demi untuk mendapatkan wang itu.
  6. Baca semula dengan kuat perkara yang telah kita tulis. Baca sebanyak dua kali sehari, iaitu sebelum kita tidur dan selepas bangun tidur. Sewaktu kita membaca perkara yang kita tulis itu – LIHAT, RASA & YAKIN KEPADA DIRI SENDIRI BAHAWA KITA AKAN MEMILIKI WANG TERSEBUT.
KLIK Ikon Di Bawah Untuk SHARE

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


Time limit is exhausted. Please reload the CAPTCHA.